Kunjungan Hormat kepada Penaung Persatuan Alumni UiTM Sabah – Datuk Seri Panglima Hj Masidi Manjun

Alumni Updates: 20 August 2024

Kunjungan Hormat kepada Penaung Persatuan Alumni UiTM Sabah – Datuk Seri Panglima Hj Masidi Manjun

Kunjungan hormat yang telah diadakan antara pihak pengurusan UiTM Sabah dan Exco Persatuan Alumni UiTM Sabah kepada Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. Kunjungan ini bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai pelan perancangan Persatuan bagi tahun 2024/2025.

Dalam kunjungan tersebut, kami telah menggariskan beberapa inisiatif dan program yang akan dilaksanakan, demi memperkukuhkan kerjasama antara alumni dan pihak universiti.

Tahun 2025 juga merupakan tahun yang bersejarah, di mana kita akan menyambut genap 25 tahun transformasi dari Institut Teknologi Mara kepada Universiti Teknologi MARA. Sambutan ini akan diadakan serentak di seluruh negeri, dan kami berbesar hati menjemput Datuk Seri Panglima Masidi Manjun sebagai tetamu kehormat dalam Majlis Apresiasi UITM 25 Tahun ini.

Disamping itu seramai 25 alumni yang tersohor dari UITM Sabah akan dipilih oleh pihak pengurusan UITM Induk untuk diberikan apresiasi pada Majlis tersebut.