Kunjungan Hormat Kepada Rector UiTM, Professor Madya Dr Rozita @ Uji Mohamad.

Alumni Updates: 01.08.2023

Kunjungan Hormat Kepada Rector UiTM, Professor Madya Dr Rozita @ Uji Mohamad.

Dalam pertemuan ini, Dr Uji Rector UiTM menyatakan sokongan penuhnya terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh alumni. Rektor juga memberikan beberapa pandangan dan cadangan untuk mengeratkan hubungan alumni bersama UITM, serta menawarkan pandangan untuk memacu kebolehpasaran pelajar UITM. Selain itu, beliau menekankan pentingnya meningkatkan minat dalam keusahawanan di kalangan pelajar.

UITM merupakan rakan strategik alumni dalam usaha membangunkan kerjasama yang lebih erat. Kami menggalakkan alumni untuk terus terlibat dan menyokong program-program yang akan datang bersama UiTM.