Kunjungan Hortmat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor

Alumni Updates: 13.06.2023

Kunjungan Hortmat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor

Baru-baru ini, rombongan alumni yang diketuai oleh NYPD ALUMNi Hj Sazali Salleh telah mengadakan kunjungan rasmi kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara alumni dan kerajaan negeri, serta membincangkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Rombongan tersebut juga terdiri daripada Pengerusi Tertinggi UITM Sabah, Datuk Dr Kadir Rosline, yang menyampaikan penerangan mengenai perkembangan terkini Alumni dan kemajuan UITM di Sabah. Dalam sesi tersebut, mereka membincangkan inisiatif dan program yang telah dilaksanakan untuk memajukan pendidikan dan meningkatkan penglibatan alumni dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Kunjungan ini diharapkan dapat merapatkan lagi kerjasama antara UITM Sabah dan kerajaan negeri, serta memberikan manfaat yang lebih besar kepada para alumni dan masyarakat setempat.