Alumni Updates: 10.08.2024
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-22 Persatuan Alumni UiTM Sabah
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-22 Persatuan Alumni UiTM Sabah menyaksikan pemilihan semula YB Azhar bin Datuk Hj Matussin sebagai Yang Dipertua bagi penggal seterusnya.
Proses pemilihan juga berjalan dengan lancar dan beberapa Exco baharu telah dilantik bagi melancarkan urusan pentadbiran persatuan.
Mesyuarat kali ini juga menetapkan bahawa penjawat jawatan Rektor UiTM Cawangan Sabah, Timbalan Rektor UiTM Cawangan Sabah dan Koordinator ICAN UiTM Cawangan Sabah dilantik secara ex-officio. Keahlian juga akan dibuka kepada alumni yang berminat untuk terlibat secara langsung melalui ‘program-based membership’. Sumbangan pembelian meja dari Persatuan Alumni UiTM Sabah diserahkan kepada Dr VIdu, Penyelaras BJIPMA.
Mesyuarat diakhiri pada pukul 6.00 petang dengan penyerahan sumbangan kewangan kepada UiTM Cawangan Sabah bagi melancarkan Malam Gala 25 Tahun UiTM Sebagai Universiti.
