AGIHAN NASI LEMAK SEMPENA RAMADHAN 1447H/2026M

ALUMNI – BPIJMA UITM – MPP HEP

Alhamdulillah ALUMNi, kerjasama pengagihan nasi lemak bersama BPIJMA UiTM Sabah, dan MPP UiTM Sabah telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan luas daripada komuniti pelajar. Objektif utama adalah untuk mengagihkan nasi lemak di sekitar komuniti setempat iaitu Kg Lokub, ianya juga memupuk semangat kebajikan serta jalinan kerjasama antara pihak UiTM, pelajar UiTM dan penduduk kampung. 

Agihan nasi lemak telah dirancang rapi bagi memastikan setiap bungkus menepati standard kebersihan dan kualiti. Aktiviti pembungkusan nasi lemak di lakukan di kelas Masjid Lokub dengan bantuan seramai 30 pelajar dan 20 staf UiTM Sabah.

Sebanyak 500 bungkus nasi lemak telah disediakan dan dibungkus kemas oleh para pelajar untuk diedarkan kepada penduduk sekitar UITM Sabah dan Kg Lokub. Setiap bungkus mengandungi hidangan nasi lemak yang mencukupi untuk hidangan berbuka puasa, dengan penekanan kepada kebersihan penyediaan dan masa penyampaian yang tepat. Aktiviti ini juga berfungsi sebagai peluang untuk mempererat hubungan antara pelajar, alumni, dan komuniti tempatan.

Agihan telah dilaksanakan  selepas waktu Zohor di Masjid Al A’la, Lokub, Kota Kinabalu. Program disusuli dengan majlis berbuka puasa di bersama kariah masjid. Pihak penganjur berharap inisiatif ini dapat memberi manfaat terus kepada penduduk sekitar dan meningkatkan imej UITM Sabah sebagai institusi yang prihatin terhadap kebajikan komuniti.