MAJLIS IFTAR ALUMNI UiTM SABAH

BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI UiTM dan PELAJAR ASNAF UiTM

Majlis Iftar Alumni UiTM Sabah bersama Pengurusan Tertinggi UiTM merupakan acara tahunan di bulan Ramadhan bersama keluarga. Majlis bertempat di Le Meridien Hotel.

Majlis ini menjemput pelajar ASNAF dari UiTM untuk bersama sama ke majliss berbuka puasa di samping menyampaikan sumbangan kepada asnaf serta pengalaman berbuka puasa dan terawih bersama keluarga UiTM. Aktiviti sumbangan kepada pelajar UiTM yang berkeperluan ini menggambarkan komitmen komuniti alumni dalam mengangkat kesejahteraan rakan seuniversiti. Majlis turut menekankan keakraban antara alumnus, pengurusan tertinggi, dan warga kampus melalui suasana Iftar yang penuh keberkatan.

Semoga ibadah puasa dan amalan yang baik ini diberkati oleh Allah S.W.T.