SUMBANGAN UNTUK PENDIDIKAN ANAK ANAK MANGSA KEBAKARAN DI KG GUDON

ALUMNi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua alumni yang hadir dan berupaya menyumbang bagi kesejahteraan komuniti. Sokongan kalian, terutama sumbangan pendidikan untuk anak-anak mangsa kebakaran di Kg Gudon, membuktikan kekuatan semangat persaudaraan dan kepedulian terhadap masa depan generasi pelajar. Usaha berterusan ini tidak hanya meringankan beban keluarga mangsa, tetapi juga menginspirasi warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Seramai 13 org pelajar SK Gudon yang terjejas dalam kebakaran di Kg Gudon, para alumni terpanggil dan prihatin untuk membantu menyumbang untuk keperluan buku teks, buku aktiviti dan pakaian sekolah. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Hj Samsudin, EXCO ALUMNi merangkap Timbalan Bendahari UiTM Sabah, bersama Muhammad Zulkhairi Othman, Alumni UiTM Sabah. Sumbangan juga disampaikan terus kepada pelajar yang terlibat di sekolah, di saksikan oleh Penolong Kanan Sanizan Kasiran dan guru SK Gudon.

Semoga semangat kerjasama ini terus berlanjutan, dan kita berazam untuk mengukuhkan lagi jaringan antara persatuan, alumni, dan institusi pendidikan. Marilah kita terus bekerjasama dalam program-program yang mampu memulihkan semula semangat pelajar yang terjejas serta memperluas peluang pembelajaran melalui sumbangan buku teks, alat tulis, pakaian sekolah, dan perkara-perkara lain yang diperlukan. Terima kasih atas komitmen kalian yang tidak berbelah bahagi.