Pagi ni sebelum upacara jamuan doa selamat di Alumni Office. Alumni bersama BPJIMA akan menyumbang Quran dan buku Iqra.
Bersama rakan industry kita yg menginfakkan separuh dari bilik studio kepada kelas mengaji Quran. Puan Lydia Melisin merupakan alumni UiTM Sabah
PENGAJIAN PERCUMA & TAJAAN: Semua pelajar UiTM di studio ini belajar secara PERCUMA. Pihak Alumni bersama BPJIMA UiTM akan menaja kelas ini selama 2 tahun, termasuk sumbangan naskhah Al-Quran dan buku Iqra untuk kegunaan pelajar.
TERBUKA KEPADA SEMUA: Kelas ini terbuka kepada semua peringkat umur yang berkelapangan pada waktu yang ditetapkan. Kami ingin mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu belajar.
Selaras dengan usaha melahirkan pembangunan ilmiah yang seimbang. KIta ambil inisiatif ini bukan sahaja membuka peluang kepada komuniti untuk mempelajari Al-Quran, malah memberi ruang kepada ALUMNi kita berinfak dan menyumbang kepada usaha pendidikan.
“Bersama membina komuniti berilmu dan berakhlak”





