ANJURAN BERSAMA ALUMNi & BPIJMA UiTM
Kegiatan ini dianjurkan bersama ALUMNi, BPJIMA UiTM Sabah bagi menghargai sumbangan pekerja dan pensyarah UiTM Sabah. Pembungkusan martabak telah dilakukan secara kolaboratif oleh para alumni dan staf BPIJMA, dengan fokus kepada kebersihan, kelancaran proses pembungkusan, serta pematuhan kepada garis panduan keselamatan makanan. Aktiviti ini turut menonjolkan semangat kebajikan serta memperkukuhkan ikatan antara pihak alumni, pihak pengurusan, dan warga akademik.
Diharapkan inisiatif ini memberi manfaat serta mengekalkan hubungan positif antara alumni, pensyarah dan warga UiTM Sabah.






