Alumni Updates : 14 Disember 2024
Karnival Futsal X-UiTM Tertutup
Majlis Penutupan Karnival Futsal X-UiTM Cawangan Sabah telah dilaksanakan dengan jayanya dan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Hj. Sazali Bin Md Salleh, Naib Yang Dipertua Persatuan Alumni bagi mewakili YB Tuan Azhar Bin Datuk Hj. Matussin, Yang DiPertua Persatuan Alumni UiTM Sabah. Turut hadir Ts. Dr. Viduriati Sumin, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTM Cawangan Sabah.
Di majlis tersebut, para tetamu jemputan juga berkesempatan menyaksikan Perlawanan Akhir Liga Futsal Siswa UiTM Cawangan Sabah.
Karnival Futsal X-UiTM Cawangan Sabah 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni UiTM Sabah dengan kerjasama Bahagian PJIM&A dan Unit Sukan UiTM Cawangan Sabah telah berlangsung selama 3 hari di Arena Raflesia UiTM Cawangan Sabah melibatkan 3 acara dipertandingkan iaitu Liga Futsal Siswa, Liga Sepak Penalti Siswi & Futsal 3 Penjuru (Staf & Alumni).
Terima kasih atas sokongan dan semangat yang diberikan daripada semua mahasiswa & alumni UiTM Cawangan Sabah.
