Kejohanan Golf Amal Persatuan Alumni UITM 2025

Alumni Updates: 26 Oktober 2024

Kejohanan Golf Amal Persatuan Alumni UITM 2025

Kejohanan golf amal yang diadakan oleh Persatuan Alumni UITM pada tahun 2025 telah Berjaya anjurkan di Dalit Bay Golf & Country Club, Tuaran. Kejohanan ini merupakan peluang untuk meluangkan masa bersama alumni-alumni UITM, merapatkan silaturahim, dan menyokong satu tujuan yang mulia.

Kejohanan ini menyaksikan penggunaan logo persatuan yang pertama kali digunakan, berserta rekaan baju golf yang dihasilkan oleh alumni kita sendiri. Menariknya, lambang bunga Raflesia, kebanggaan negeri Sabah, menjadi simbol utama dalam rekaan tersebut. Bagi yang tidak dapat bersama, baju kejohanan menjadi rebutan dan menerima tempahan yang menggalakkan dikalangan Alumni UITM Sabah.

Seramai 108 alumni, baik senior mahupun junior, telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Penyertaan yang menggalakkan ini menunjukkan semangat perpaduan dan sokongan yang kuat dalam kalangan Alumni UITM Sabah

Kejohanan Alumni UITM Golf amal ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu pelajar UITM yang kurang berkemampuan seperti melunaskan yuran pengajian. Selain itu, hasil daripada kejohanan ini juga akan digunakan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti bermanfaat bagi pelajar pelajar di UITM Sabah.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Alumni yang telah menyokong dan menyertai kejohanan ini. Semoga usaha kita bersama dapat memberikan impak yang positif kepada pelajar-pelajar UITM dan memperkukuhkan ikatan alumni UITM sesama kita.