ALUMNi Updates News: 10.05.2025
Kempen Beg tote jenama ALUMNi – Sustainably Yours!
KOSISWA UITM Sabah telah melancarkan kempen ALUMNi SDG (Sustainable Development Goals) dengan memberi beg tote percuma kepada pelajar yang berbelanja RM20 ke atas, di Melati Mini Mart yang berlangsung selama seminggu sejak 2hb Mei 2025. Disini kita melihat gelagat pelajar menunjukkan pelbagai gaya memperagakan beg tote yang mereka terima. En Ahmad Ghazali Ismail selaku Timbalan Pengerusi KOSISWA berkata program sebegini dapat menambah semangat dan kebanggaan dalam kalangan komuniti kampus.
Beg tote ini kini dijual dengan harga RM18. Hasil daripada jualan beg tote ini sebanyak RM5 setiap satu akan disalurkan ke tabung aktiviti pelajar, bagi menyokong program-program dan inisiatif pelajar di UITM.
Seiring dengan kempen ini, alumni bersama pelajar diploma Pengurusan Perbankan akan menganjurkan satu seminar bertajuk “Combating Financial Crime: Power of Collective Responsibility” yang akan berlangsung pada 10 Jun 2025. Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar dalam bidang keselamatan kewangan serta memperkukuhkan tanggungjawab kolektif dalam membanteras jenayah kewangan.
UiTM Dihatiku
ALUMNi Prihatin
