Alumni Updates: 4 October 2024
Kunjungan Hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Persatuan Alumni UITM Sabah membuat kunjungan hormat kepada Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untung, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Kunjungan ini melibatkan kerjasama antara Persatuan Alumni dan Bahagian Penyelidikan Jaringan Industri Masyarakat dan Alumni UITM Sabah.
Sesi perbincangan yang diadakan bertujuan untuk membincangkan pelbagai aktiviti alumni UITM serta peranan penjawat awam, yang kebanyakannya merupakan alumni dan graduan UITM. Perbincangan ini diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara alumni dan pihak kerajaan negeri dalam pelbagai inisiatif yang bermanfaat.
Kami juga ingin menjemput Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untung sebagai tetamu terhormat dalam Kejohanan Golf Amal Alumni UiTM Sabah yang diadakan pada 26 Oktober 2024 sekaligus merasmi pelancaran baju rasmi Kejohanan Golf Alumni UiTM. Kehadiran beliau pastinya akan memberi lebih makna kepada acara tersebut.
Kami berharap kunjungan ini dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama dan menyokong perkembangan alumni UITM di negeri Sabah.
