ALUMNi Updates : 10 July 2025
Laporan Kunjungan DSP Masidi Manjun ke Office Alumni UiTM Sabah di Tingkat 4, Menara Wibawa UiTM Sabah.
Pada 10 Julai, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, yang mewakili Ketua Menteri Sabah, hadir ke majlis yang berlangsung di Dewan Al-Bukhari UiTM Sabah. Majlis tersebut juga merupakan acara penyampaian sumbangan kepada mahasiswa pengajian tinggi Sabah melalui program SENTOSA (Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Sabah).
Dalam majlis tersebut, YB Datuk Dr. Mohd Ariffin Bin Mohd. Arif, Menteri Sains dan Teknologi, turut hadir dan mengiringi kunjungan tersebut.
Selain daripada majlis rasmi, Alumni sempat berbincang dan berkesempatan bersama Datuk Masidi Manjun sebagai penaung UiTM Sabah, belia sempat meluangkan masa meninjau perkembangan pejabat alumni di tingkat 4, Menara Wibawa UiTM Sabah yang akan digunakan untuk aktiviti dan pengurusan alumni pada masa hadapan.
UiTM DiHatiku
ALUMNi Prihatin


