Majlis Berbuka Puasa Persatuan Alumni UiTM Sabah (PAUS)

Alumni Update: 19.03.2025
Majlis Berbuka Puasa Persatuan Alumni UiTM Sabah (PAUS)
Persatuan Alumni UiTM Sabah (PAUS) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC). Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara alumni, keluarga, dan pihak pengurusan tertinggi UiTM Sabah.
Majlis turut diraikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, penaung PAUS dan Rektor UiTM Sabah, Professor Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed yang memberikan sokongan penuh terhadap usaha ini. DSP Masidi juga merasmikan pemberian apron Alumni kepada Dapur HEP UiTM Sabah sebagai tanda penghargaan kepada usaha kebajikan universiti.
Pada masa yang sama, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni, Prof Madya Ts Dr. Viduriati binti Sumin, telah menyampaikan Buku 25 Tahun UiTM – Buku Alumni Wajah Bitara kepada YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun sebagai simbolik penghormatan kepada pencapaian alumni sepanjang tempoh tersebut.
Program bermula pada jam 5:30 petang dengan ketibaan para jemputan dan disusuli oleh ketibaan YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun pada jam 6:00 petang. Aktiviti lain termasuk:
• Berbuka puasa bersama pada jam 6:28 petang.
• Solat berjemaah (Maghrib, Isyak, dan Solat Sunat Tarawih) di surau yang disediakan.
• Jamuan makan malam dan sesi moreh.
Majlis ini berjalan dengan suasana harmoni dan mengharapkan keberkatan dalam bulan Ramadan, memperkukuhkan hubungan antara alumni serta pihak pengurusan UiTM Sabah. Kehadiran keluarga dan komuniti alumni menjadikan program ini lebih bermakna.
Semoga usaha sebegini dapat diteruskan untuk memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga UiTM.