MAJLIS JALINAN MAHABBAH AIDILFITRI 1446H ANJURAN BERSAMA AL-A’LAA KAMPUNG LOKUB DENGAN ALUMNI UITM SABAH

Alumni Update: 27.04.2025

MAJLIS JALINAN MAHABBAH AIDILFITRI 1446H ANJURAN BERSAMA AL-A’LAA KAMPUNG LOKUB DENGAN ALUMNI UITM SABAH

Majlis Jalinan Mahabbah Aidilfitri 1446H anjuran bersama Al-A’laa Kampung Lokub dan Alumni UiTM Sabah telah diadakan pada 27 April 2025. Majlis ini menghimpunkan masyarakat Kampung Lokub serta warga besar UiTM Sabah, bertujuan mempererat ukhwah dan meningkatkan hubungan dalam komuniti sekitar Sepanggar.

Program bermula pada waktu petang dengan pelbagai aktiviti riadah dan pertandingan sukan rakyat yang melibatkan kanak-kanak serta ibu bapa. Seterusnya, pengisian ilmiah mengenai hubungan silaturahim telah diadakan selepas waktu maghrib dan disampaikan oleh Ustaz Mahadi Muctar. Majlis ucapan utama dan sambutan Hari Raya sekampung pula berlangsung selepas solat Isyak.

Dalam majlis tersebut, Pengerusi Masjid, Tuan Haji Sanin Lias telah menyerahkan cek Persatuan Alumni UiTM Sabah kepada Rektor UiTM Sabah, Prof. Madya Dr. Rozita Uji Mohamed berjumlah RM1,000 untuk disumbangkan kepada Pusat Islam UiTM Sabah. Sumbangan ini diharapkan dapat membantu usaha menyediakan kemudahan masjid yang lebih baik di UiTM Sabah.

Tuan Haji Sanin, yang juga merupakan alumni UiTM Sabah batch 1997, memaklumkan bahawa Alumni UiTM Sabah telah mengambil inisiatif mengumpul dana melalui penjualan topi dan beg tote berjenama Alumni. Usaha ini mendapat sokongan penuh daripada AJK Masjid yang turut membantu dalam pemasaran produk, sekali gus memperlihatkan semangat kerjasama yang tinggi. Diharapkan semua inisiatif ini menjadi contoh dalam menyokong komuniti dan pembangunan masyarakat.

Majlis ini juga dihadari oleh Penaung Masjid Al A’Laa, Datuk Dr Aliakbar yang menyantuni jemaah sepanjang majlis. Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran NGO dari SU Ideas – Pertubuhan Pembangunan Islam Sabah dari Tawau, yang hadir untuk melihat sendiri suasana kemasyarakatan sambutan Hari Raya dan majlis ilmu di Masjid Al-A’laa.

UiTM Dihatiku

ALUMNi Prihatin

Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni @followers Highlights