ALUMNI Updates : 27-28 May 2025
Persatuan ALUMNi UiTM Sabah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua graduan UiTM Sabah yang diraikan pada Majlis Konvokesyen UiTM ke-101 di Dewan Tun Mustapha, UiTM Cawangan Sabah. Pencapaian anda semua adalah bukti kegigihan, ketabahan, dan semangat juang yang tinggi dalam menempuh cabaran sepanjang pengajian.
UiTM sentiasa konsisten memainkan peranan penting dalam memartabatkan graduan bumiputera, bukan sahaja sebagai tonggak pembangunan negara tetapi juga sebagai individu yang resilient dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Graduan UiTM Sabah hari ini bukan sahaja membawa ilmu dan kemahiran, malah nilai-nilai murni yang akan menjadi aset berharga dalam menghadapi dunia yang semakin kompetitif.
ALUMNi pada masa yang sama berpeluang bersua muka dengan Pro-Chancellor UiTM, Datuk Haji Abdul Wahab bin Aziz, serta Pendaftar UiTM, Tuan Haji Muhamad Nizam bin Noordin. Pertemuan ini berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni. Dalam sesi tersebut, ALUMNi memperkenalkan produk merchandise terbaharu iaitu tote bag “Sustainably Yours” dan payung yang menarik perhatian ramai. Kisah menarik turut dikongsi mengenai topiah ALUMNi, yang mana dapat mengutip dana sebanyak RM1,000 untuk meningkat dana Pusat Islam UiTM Sabah.
Keuntungan hasil daripada penjualan merchandise ALUMNi ini akan terus disalurkan untuk menyokong pelbagai aktiviti pelajar di UiTM Sabah untuk membina kesejahteraan komuniti kampus.
Tahniah sekali lagi untuk Graduan UiTM Sabah.
UiTM Dihatiku
ALUMNi Prihatin

















