Alumni Update: 25.04.2025
Majlis Sambutan Aidilfitri UiTM Cawangan Sabah
Majlis Sambutan Aidilfitri UiTM Cawangan Sabah ini berlangsung meriah di Dewan Al Bukhari, Bangunan Ujana Sarjana, UiTM Sabah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Rector UiTM Sabah, Associate Professor Dr. Rozita @ Uji Mohammed.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Dipertua ALUMNI UiTM Sabah, YB Azhar Matussin. Beliau bersama Rector turun padang melawat gerai-gerai hidangan dan hiasan yang disediakan oleh pelbagai fakulti dan jabatan, menonjolkan semangat kerjasama dan kreativiti warga kampus.
Kolaborasi Alumni & BPJIMA
Pada tahun ini, ALUMNI UiTM Sabah berganding tenaga bersama Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (BPJIMA) untuk membuka gerai bersama. Pendekatan *blue ocean strategy* ini membolehkan mereka berkongsi kos dan capaian audiens yang sama, sekaligus memperkukuh sinergi serta mencapai kesepakatan dalam melaksanakan aktiviti di kampus.
Ucapan Rector & Aktiviti Alumni
Dalam ucapan perasmian, Rector turut menyentuh tentang peranan aktif alumni dan merancang pelbagai aktiviti alumni dalam masa terdekat. Ini termasuk program pembangunan kerjaya, jaringan industri, serta inisiatif memperkenalkan sukan baharu seperti “pickerball” bersama unit sukan kampus, sebagai usaha memperkasa budaya sukan di UiTM Sabah.
Platform Digital Alumni
Portal rasmi alumni UiTM Sabah, www.alumniuitmsabah.com kini telah dilancarkan sebagai platform utama untuk berhubung, bertukar maklumat, mengakses peluang jaringan, sumber kerjaya, dan aktiviti alumni serta universiti. Laman ini juga berfungsi sebagai jambatan penghubung antara alumni, pelajar dan pihak universiti.
Perkongsian Industri & Peluang Kerjaya
Alumni UiTM Sabah akan membawa industri tertua F&B, A&W, untuk sesi perkongsian bersama pelajar. Sesi ini bertujuan memberi pendedahan mengenai peluang pekerjaan dan perkembangan industri, selaras dengan usaha alumni membantu pelajar membina kerjaya melalui jaringan industri dan sokongan komuniti.
Peranan Strategik Alumni
UiTM Sabah dan Persatuan Alumni terus memperkukuh hubungan dengan kerajaan negeri dan pihak industri, membincangkan peluang kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, pembangunan modal insan, dan program pembangunan negeri. Alumni UiTM diiktiraf sebagai rakan kongsi strategik dalam mencapai matlamat pembangunan Sabah yang inklusif dan berdaya saing.
Majlis Sambutan Aidilfitri tahun ini bukan sekadar meraikan tradisi, tetapi juga menjadi platform memperkukuh kerjasama antara alumni, universiti, dan komuniti. Dengan pelancaran portal alumni dan pelbagai aktiviti sinergi, UiTM Sabah terus komited memperkasakan jaringan alumni demi manfaat bersama pelajar, graduan, dan pembangunan negeri.
UiTM Dihatiku
ALUMNi Prihatin
Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni @followers @highlights
