Malam Gala Sempena Sambutan 25 Tahun UITM Sabah

Alumni Updates: 28 August 2025

Malam Gala Sempena Sambutan 25 Tahun UITM Sabah

Tarikh yang sama pada malam tersebut dan Malam Gala sempena sambutan 25 tahun UITM Sabah telah berlangsung dengan meriah. Majlis ini dirasmikan oleh Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri Kewangan Sabah, yang juga merupakan penaung Persatuan Alumni UITM Sabah.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan penuh keceriaan. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur yang bekerjasama dengan Persatuan Alumni UITM Sabah dan UITM Sabah dalam menjayakan acara ini.

Malam gala tersebut turut meraikan 25 alumni UITM Sabah yang tersohor, yang telah dipilih oleh UITM Pusat. Penghargaan ini adalah untuk mengenang sumbangan mereka dan menjadikan mereka ikon kepada pelajar-pelajar UITM.

Kami berharap majlis ini dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada semua pelajar dalam mencapai kejayaan di masa hadapan. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong acara ini!