Pemasangan Solar untuk Komuniti di Jalan Kg Lokub – UITM dan Pembukaan Tirai Ramadan 2025

ALUMNI Updates: 02.03.2025
Pemasangan Solar untuk Komuniti di Jalan Kg Lokub – UITM dan Pembukaan Tirai Ramadan 2025
Kerjasama antara PAUS dan PJIMA diteruskan di bawah penyelarasan Unit Komuniti, Dr. Yvonne Joseph. Projek solar ini merupakan inisiatif mampan yang bertujuan meningkatkan keselesaan pengguna jalan serta menerangi laluan hingga ke subuh.
Selama ini, pelajar terpaksa menggunakan lampu suluh ketika melalui jalan ini, dan pelajar sekolah yang menunggu van di perhentian juga terjejas oleh kegelapan. Inisiatif ini bertujuan memudahkan pelajar dan penduduk kampung, memastikan mereka tidak terdedah kepada kegelapan. En Malikin bin Resun, Ketua Kampung, “menyambut baik projek komuniti ini yang menerangi jalan masuk ke kampung dan memberi manfaat kepada semua pengguna”
Projek ini dilaksanakan dalam dua fasa:

  1. Laluan dari jalan besar ke simpang masuk Masjid Al’Ala.
  2. Laluan dari Kg Lokub ke jalan alternatif ke UITM.
    Pengerusi Masjid Al’Ala, Haji Sanin bin Lias, berterima kasih kepada ALUMNI, PJIMA dan Jemaah yang bekerjasama memasang solar berdekatan dengan Masjid. “Ianya membuka tirai Ramadan dan mengalu-alukan jemaah untuk mengimarahkan masjid sepanjang malam.”
    ALUMNI ingin mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga ibadah kita semua diberkati oleh Allah SWT. Aaminn