Alumni Updates: 26.03.2025
Program Agihan 2.0 Sempena Ramadhan – Nasi Ayam Khamok Thai
Program Agihan 2.0 sempena Ramadan telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Mac 2025 di Masjid Al-A’Laa, Kampung Lokub. Program ini adalah hasil kolaborasi antara Persatuan Alumni UiTM Sabah, BPJIMA UiTM Sabah, dan Masjid Al-A’Laa. Sebanyak 300 pek nasi ayam khamok Thai telah disediakan untuk diagihkan kepada komuniti setempat.
Hidangan tersebut dimasak oleh Pn Sutinah Ag Ladis, pemilik restoran Tokmi Station yang juga merupakan alumni UiTM. Aktiviti bermula dengan penyerahan jaket petugas masjid oleh YB Datuk Dr Aliakbar Gulasan kepada Pengerusi Masjid Al-A’Laa, Hj Sanin Lias.
Proses pembungkusan makanan dilakukan oleh AJK masjid bersama alumni UiTM dan UITM Sabah sebelum pengagihan bermula sekitar jam 3:30 hingga 4:30 petang.
Kerjasama erat antara semua pihak memastikan program ini dapat disiapkan sebelum waktu Asar, sekaligus mencerminkan semangat kebersamaan dalam menyantuni masyarakat sepanjang bulan Ramadan. Terima kasih kepada para Alumni UITM yang menyumbang aktiviti agihan Ramadhan dan semoda sumbangan kalian ini sentiasa diberkati Allah SWT.

