Program Agihan 3.0 Nasi Lemak Ayam Goreng

Alumni Updates: 28.03.2025
Program Agihan 3.0 Nasi Lemak Ayam Goreng
Ianya merupakan program penutup aktiviti Ramadhan tahun 2025 Alumni UITM dan BPIJMA UITM Sabah, daripada pelbagai inisiatif sepanjang bulan mulia ini. Aktiviti seperti tadarus Al-Quran, iftar jama’i, dan pengagihan sumbangan telah menyemarakkan semangat Ramadan di kalangan warga UiTM dan masyarakat sekitar.
Program Agihan 3.0 yang terakhir ini berlangsung di Masjid An Nur Cenderakasih dengan pengagihan sebanyak 100 pek nasi lemak kepada komuniti setempat. Program ini merupakan inisiatif tambahan penyumbang Alumni sebagai sebahagian daripada usaha menyampaikan hasrat infak Alumni sempena bulan Ramadan.
Butiran Program
• Lokasi: Masjid An Nur Cenderakasih
• Jumlah Agihan: 100 pek nasi lemak
• Penyumbang: Alumni UiTM Sabah
Sumbangan ini turut disertai dengan penyerahan kelengkapan perbelanjaan masjid yang disampaikan oleh Datuk Dr. Kadir Rosline, Ahli Majlis Tertinggi PAUS, dan disaksikan oleh Bendahari PAUS, En. Mat Salleh Hashim. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat Ramadan dengan amalan kebajikan serta memperkukuhkan hubungan antara alumni dan masyarakat. Semoga amalan ini diberkati dan rezeki para penyumbang terus dilimpahkan.
PAUS turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua alumni dan warga UiTM.
PAUS juga berharap agar semangat kebersamaan yang terjalin sepanjang Ramadan akan terus kekal dalam kehidupan seharian.