PROGRAM KOMUNITI : KULIAH SUBUH “INFAK dan PEMBANGUNAN UMMAH”

Alumni Updates: 26.02.2025
PROGRAM KOMUNITI : KULIAH SUBUH “INFAK dan PEMBANGUNAN UMMAH”
Persatuan Alumni UiTM Sabah meneruskan program komuniti dengan bekerjasama dengan Masjid Al’Ala, Kampung Lokub sempena program yang dianjurkan oleh pihak masjid yang menampilkan penceramah terkenal, Dato Ustad Mohd Kazim Elias.
Sebelum program utama Masjid Al’Ala bermula pada jam 7:30 pagi, PAUS bersama PJIMA dan Pusat Islam UiTM Sabah mengambil peluang untuk mengisi ruang masa bermula dari subuh pada pagi tersebut.
Para Pelajar Kesatria UiTM Sabah mengambil kesempatan untuk melaksanakan solat subuh secara berjamaah dan mengimarahkan Masjid bersama masyarakat kampung. Selepas selesai solat berjamaah diikuti dengan kuliah subuh, para peserta juga menikmati sarapan bersama, sambil memperkukuhkan semangat kekeluargaan dan berkomuniti.
Leftenan Kolonel Kesatria Mohd Khairun turut hadir dan mengulas bahawa aktiviti seperti ini dapat menonjolkan bagaimana Kesatria berhubung dengan masyarakat. Beliau menekankan bahawa inisiatif sebegini dapat memupuk minat dalam kalangan belia dan pelajar sekolah terhadap aktiviti beruniform terutamanya Kesatria.
Acara tersebut di pimpin oleh Ustaz Asley bin Josley dari Pusat Islam UITM Sabah.
Tajuk kuliah yang disampaikan ialah “Infak dan Pembangunan Ummah,” yang menumpukan kepada kepentingan derma. Ustaz Asley menekankan bagaimana infak bukan sahaja memupuk budaya membantu orang lain, tetapi juga membersihkan jiwa dan membawa ganjaran pahala yang berterusan sehingga ke akhirat.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa