ALUMNI Updates: 17.03.2025
Program Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah di Kampus
Program Agihan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah menjadi perbualan riang di UITM Sabah dengan haruman daun pandan dan rempah yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni UiTM Sabah dengan kerjasama BPIJMA, UiTM Sabah dan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Sabah. Aktiviti utama program ini adalah agihan Nasi Lemak McNora ayam goreng, yang disediakan dengan resepi khas oleh bekas pelajar UiTM Sabah, Puan Nis Asnedah. Alumni dan staf UiTM bertungkus lumus membungkus nasi lemak pada hari tersebut untuk diagihkan kepada warga UiTM dan komuniti sekitar kampus.
Butiran Program:
• Tarikh: 17 Mac 2025 (Isnin)
• Masa: 12.00 tengah hari – 4.00 petang
• Lokasi: Dapur HEP, Kolej Manukan dan Dewan Ibnu Khaldun, Bangunan Ujana Sarjana
Jadual Aktiviti:
- 12.00 – 12.30 tengah hari: Penyerahan apron oleh pihak PAUS kepada Dapur HEP Kolej Manukan.
- 12.30 – 1.30 petang: Proses pembungkusan nasi lemak oleh staf UiTM serta Bahagian BPIJMA, UHEI, dan PAUS.
- 1.30 – 4.00 petang: Majlis sambutan Nuzul Al-Quran dan khatam Al-Quran di
Dewan Ibnu Khaldun, diikuti dengan agihan nasi lemak kepada staf, pelajar dan komuniti.
Majlis ini turut menyaksikan penyerahan apron oleh Naib Yang Dipertua (NYDP) Hj Sazali kepada Rektor UiTM Sabah, Dr Uji, untuk digunakan di Dapur HEP. Dapur HEP ini merupakan inisiatif khas UiTM Sabah yang menyediakan kemudahan dapur percuma kepada pelajar di kolej untuk kegunaan harian mereka.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program Agihan Nasi Lemak Sempena Ramadan ini. Terima kasih kepada Alumni, BPIJMA, Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), staf UiTM Sabah yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan program ini.
Penghargaan khas juga diberikan kepada Puan Anis atas resepi istimewa nasi lemak McNora ayam goreng yang menjadi tarikan utama program ini. Tidak lupa kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang turut menyumbang bubur lambuk sebagai tambahan kepada hidangan agihan.
Kesungguhan semua peserta dalam membungkus dan mengagihkan makanan, serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan (Pakaian Apron Alumni – ni yang penting) amatlah dihargai. Program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim tetapi juga menyemarakkan semangat Ramadan melalui aktiviti amal dan kebajikan.
Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu anda semua!
