Promosi Plat Nombor UITM

Alumni Updates: 16 November 2024

Promosi Plat Nombor UITM

Tahniah kepada Puan Rasidah AB Jifneh, pemenang bertuah Plat Nombor UITM BESS (8355) berserta sebuah motorsikal dalam acara BIg Sabah Sale yang diadakan di SICC pada 25 – 27b October 2024. Hadiah ini merupakan salah satu daripada usaha Persatuan Alumni UITM Sabah (PAUS) untuk memperkukuhkan ikatan antara Alumni dan mempromosikan identiti UITM.

Kami juga ingin memaklumkan bahawa UITM sedang menjalankan promosi untuk jualan terbuka Plat Nombor Kenderaan Khas UITM. Ini adalah peluang terbaik bagi semua alumni dan penyokong UITM untuk memiliki plat nombor yang unik dan berprestij.

Untuk maklumat lanjut mengenai jualan plat nombor dan cara penyertaan, sila hubungi kami melalui laman sosial atau emel rasmi PAUS. Ayuh, sama-sama kita sokong UITM dan tingkatkan visibiliti alumni kita di jalan raya!

PAUS #UITM #AlumniUITM #PromosiPlatNombor