Updates Alumni: 29/10/2024
Sesi Perjumpaan dengan Bahagian Pengurusan Jaringan Industry dan Masyarakat Alumni (BPJIMA) UITM Sabah
Sesi perbincangan penganjuran bersama BPJIMA UITM telah diadakan di Menara Wibawa Aras 4 UITM Sabah. Perjumpaan ini melibatkan sesi perkenalan dengan penyelaras Alumni yang baru, En. Boyd Sun Fatt selaku ketua Penyelaras Alumni, yang turut memperkenalkan diri dan berkongsi visi beliau untuk memperkukuhkan hubungan antara alumni dan institusi.
Dalam sesi ini, kami berkesempatan bertemu dengan Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan, En. Muraddin Purag, bersama pasukan perakaunan. Pertemuan ini bertujuan untuk merancang aktiviti terdekat yang berkaitan dengan bidang perakaunan.
Perbincangan dengan BPJIMA juga diteruskan mengenai aktiviti sukan ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan pelajar dan alumni, serta mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti UITM. Sukan futsal untuk pelajar lelaki / alumni dan tendangan penalti untuk pelajar perempaun dan acara ini akan dipertimbangkan agar semua pihak dapat terlibat dan merasai semangat kesukanan.
Kami berharap hasil perbincangan ini dapat memberikan manfaat kepada alumni dan pelajar, serta memperkukuhkan kerjasama antara pihak alumni dan fakulti.
